Islamic Widget

Saturday, March 26, 2011

tentang sesuatu itu~

assalamualaikum... hari nih cerita kan serba sedikit dari pandangan saya yang tak laa sehebat mana..cume saya kerap kali berfikir tentang sesuatu...

Setiap hari sy menyusuri blog blog tulisan yang semakin berkembang seumpama cendawan selepas ujan...namun saya sangat tertarik kepada blogger blogger yang membincangkan dan menghuraikan pandangan masing2 mengenai Islam sebagai medium dakwah mereka.... Saya mendoakan agar blogger yang memperjuangkan agama Allah Swt dengan ikhlas ini sentiasa dimudahkan urusan Akhirat dan Dunia..

Namun...
ada segelintir blogger2 yang kerap kali mengaitkan perkara2 yang berkaitan islamiyah akan tetapi akhlak n adab tidak nampak seperti memperjuangan Islam.. malah ada yang mendedahkan gambar2 mereka sendiri yang sepatutnya tidak perlu didedahkan dalam Facebook or tweeter or ape ape.. Mereka menghuraikan ilmu ilmu islam,berdakwah.. tetapi aurat tidak dijaga... pakaian ketat ketat... malah sebilangan nya ade juga menghuraikan Al-Quran dan Hadith hanya untuk menghalalkan perbuatan mereka.... masyaallah..
Tak terkecuali yang menghuraikan Al-Quran dan Hadith hanya mengikut nafsu tanpa berlandaskan pandangan ilmu pengetahuan atau pandangan ulama.

yang paling mengecewakan... mereka menyebarkan dakyah dakyah yang tak betui ini melalui platform spt Facebook Dsb nya..bagi mereka yang kurang pengetahuan akan terus menerus menyebarkan pandangan yang rosak ini tanpa memikirkan kesan nya pada Umat Islam..

Yang terbaik... kita jangan terus menerus menerima sesuatu itu tanpa selidik terlebih dahulu... berguru dan bertanyalah kepada alim ulama` yang di yakini Ilmu-nya..semoga kita juga termasuk dalam orang orang yang benar...

Friday, March 18, 2011

~Hadith~

hari ini bertemu saya ngan seorang sahabat... menceritakan kepentingan keduaniaan dengan memberikan hadith yang biasa kita dengar
"Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari"

walau pun kata kata kawan ini menjerumus untuk memberikan motivasi ke arah kehidupan dunia.. dan dia jugak tidak menafikan kepentingan mencari akhirat.. dan saya hanya mendengar.


pandangan saya, tidak salah kita mencari kehidupan dunia kerana ianya jambatan ke akhirat...namun saya juga melihat diri saya sendiri... berapa kalikah saya memikirkan tentang akhirat dalam 24 jam.. adakah apabila waktu solat sahaja..? 
cuba kita renungkan .. berapa banyak masa dalam kehidupan kita untuk kita berusaha mendapatkan akhirat? selama hidup 20 > 30  > 40 > 50 > 60 tahun atau lebih,berapa banyak masa kita luangkan untuk kehidupan di akhirat? 
perlu ingat ibadah bukan hanya kepada pekara2 yang fardhu ain yang memang wajib kerana ini adalah tugas WAJIB kita sebagai hamba.. ibadah juga adalah dalam kehidupan ..tetapi berapa ramai yang sedar tentang ini hingga lupa tentang kehidupan itu satu ibadah..?


Perhatikan baik baik hadith di atas... mana kah yang lebih penting, Dunia @ akhirat? Banyak yang menggunakan hadith diatas untuk meraih kepantingan dunia atau untuk memberikan tanggapan kepada kepentingan dunia..(saya tidak nafikan ini)
Cuma apa yang saya ingin kita perhatikan; penggunaan ayat hadith ini..
1) Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi
2) beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari 

Apa yang saya lihat hadith ini juga menerangkan mengenai MASA..
1)Jika kita diberikan hidup selama 1000 tahun, adakah kita akan berusaha mendapatkan bekalan keduniaan untuk 1000 tahun secara mendadak? (agak mustahil) tetapi percayalah kita akan mendapatkan nya secara berperingkat..(maksudnya kita masih mempunyai masa untuk mengumpul harta dunia) MASA kamu sangat panjang...namun.....


2)Jika kamu tahu akan mati esok hari.... bagai manakah ibadah kamu kepada ALLAH Swt? adakah masih menunggu masa yang berperingkat untuk beribadah atau kamu akan menumpukan seluruh kehidupan rohani dan fizikal hanya untuk mencapai keredoaan ALLAH..?Sudah tentu ibadah kamu akan menjurus kearah keikhlasan yang sangat tulus...kerana KAMU AKAN MATI ESOK HARI...kamu tiada MASA.

Disini saya ingatkan :
1)Saya hanya mahu anda fikirkan ttg kepentingan antara keduanya tanpa menidakkan kepentingan keduanya.

2)Juga hadith ini menjurus kearah ibadah kepada ALLAH dan hanya sampingannya kepada Keduniaan; dan YANG PASTI, dalam melakukan pekara pekara keDUNIAan adalah semuanya melingkungi faktor IBADAH..(dosa dan pahala)

3)Bagi yang menggunakan Hadith ini semata mata mahu mendapatkan kepentingan keduniaan tanpa melihat yang lebih penting yakni AKHIRAT... harap berhentilah kerana ALLAH tahu apa isi hatimu. 

Sunday, January 23, 2011

~assalamualaikum~

pertama kali ku menulis disini.. untuk tatapan diriku juga sebagai satu wadah perkongsian kepada semua...salam perkenalan.. semoga apa yang ditemui di sini memberikan manafaat untuk kita semua....InsyaAllahu taala.